Sunday, January 27, 2013

Alat Dan Keperluan Asas Membuat Quilt

Keperluan mempunyai alat-alat yang betul adalah sangat penting untuk membuat quilt dan mengetahui kegunaan setiap alat dan bagaimana menggunakannya.  Ia akan memberi dan menghasilkan kerjatangan quilt yang baik dan menarik.  Alat-alat ini bolehlah dibahagikan kepada beberapa kumpulan kegunaannya:

Terbaik dan sesuai untuk memotong atau menggunting
Terbaik dan sesuai untuk jahitan
Terbaik untuk jahitan quilt (quilting) samaada jahit tangan atau jahit mesen.



Mesen Jahit


Alat Membuat Quilt
(Tikar alas, pembaris plastik, rotary-cutter, benang, sekuci dan penetas benang)

Rotary-Cutter

1.     Rotary-cutter ialah sejenis pisau tajam berbentuk bulat seperti pisau memotong pizza.  Pisau ini sangat tajam dan perlu diberi perhatian lebih untuk keselamatan.  Mata pisau yang tajam boleh memotong dua hingga empat lapis kain kapas sekali jalan.  Perlu diingatkan ia boleh memotong dan memutuskan jari dengan mudah dan biasakan menutup mata pisau ketika tidak diguna.

2.     Gunakan tikar sebagai alas tempat memotong apabila menggunakan rotary-cutter supaya mata pisau tidak rosak dan melambatkan tumpul.  Tikar ini kalis lut pisau.

3.     Tentukan mata pisau itu diketatkan cengkaman pada batang pisau; tidak telalu ketat dan tidak terlalu longgar supaya mata pisau licin bergerak bila digunakan.

Kayu Pembaris

4.     Gunakan kayu pembaris plastik sebagai memudahkan memotong kain.  Ramai pengguna gunakan pembaris bersais 6" x 24".

5.     Bila memotong kain hendaklah menghalakan rotary-cutter ke hadapan; tidak menghala anda.  Mata pisau mesti selari dengan pembaris sedang sebelah tangan dan jari menekan pembaris di atas kain yang hendak dipotong dan sebelah tangan lagi memegang hulu rotary- cutter untuk memotong kain. 

Benang

Guna benang yang baik kerana quilt boleh tahan lama.  Jika menggunakan benang kurang kualiti, jahitan cepat putus.

Penetas keria jahitan

Gunakan penetas keria jahitan agar mudah membuka keria benang yang tidak perlu atau tersalan jahit.

Jarum

Gunakan jarum tajam dan ganti yang baru selalu supaya jahitan licin. Disarankan menggunakan jarum baru setiap kali memulakan menjahit sesatu quilt.

Pengosok kain dan meja tempat mengosok

Gunakan pengosok kain  untuk mengosok kain-kain dan blok quilt yang dijahit supaya mudah kerja.  Gunakan tempat yang lapang tempat menggosok.




Kain Dan Jenis

Kain adalah diibaratkan seperti jantung dalam quilt. Warna dan corak kain yang cantik dan menarik memberi ransangan dan gambaran sebagai pendorong seseorang pembuat quilt itu berkarya seperti mana pelukis berkarya di permukaan kanvas.  Melalui pengelaman Mak Long, melihat dan memegang kain yang bercorak dan warna yang cantik sahaja sudah cukup nekmat.  Di dalam kepala sudah dapat mengambarkan rupa quilt yang akan bakal dikaryakan.

Di sini diturunkan beberapa panduan memilih jenis kain yang sesuai untuk jahitan quilt dan apa yang perlu dilakukan setelah membeli kain-kain itu.  Kain kapas adalah jenis kain yang paling popular dan mudah diguna semasa menjahit.  Ada empat jenis kain kapas iaitu:

1.   Kain Kapas:

Kain kapas yang paling baik mengandungi 100% dari kapas dan terbaik untuk dijadikan quilt.  Pilih kain yang halus dan lembut tenunannya tidak berbulu dan tidak mudah keluar benangnya.

2.   Kain Kapas Bercampur Polyester:

Kain jenis ini sedikit licin dan mempunyai warna dan corang terang dan tidak kurang cantiknya.  Namun begitu ia adalah lebih baik dielakkan dari menggunakan kain jenis ini.  Setengah dari masaalahnya ialah apabila dicuci selalu permukaan kain didapati berbulu.  Tetapi ia sesuai untuk digunakan sebagai quilt gantungan (wall hanging quilt).

3.   Kain Kapas Berkilat (Polished Cotton):

Kain kapas jenis ini disapu damar (resin) menjadikan permukaan kain berkilat dan agak keras biasanya tidak hilang bila dibasuh.  Tambahan kain ini mudah berkedut yang tidak hilang dan bermasaalah untuk dijahit.  Kata lain kain jenis ini tidak sesuai dijadikan quilt.

4.   Kain Kapas "Chintz"

Kain kapas "chintz" kebiasaanya berlerang besar dan tebal sedikit sesuai untuk dijadikan kain langsir.  Ada juga kain kapas "chintz" yang nipis sesuai untuk dijadikan kain alas katil tetapi tidak sesuai untuk jahit "patch work".




















4 comments:

  1. Salam maklong, saya rase teruja sangat dengan adanya blog maklong ni. Saya sekarang tengah beli alatan menjahit kuilt sikit demi sikit sebab modal pun berapa mak ada. Untuk permulaan, saya nak tanya maklong.
    Mesin jahit portable yang biasa dengan mesin jahit quilt yang maklong guna sekarang ni apa beza nya? Sebelum saya invest modal ke mesin jahit, saya perlu tahu perbezaan nya sebab jahitan yang kita akan jahit jahit lurus bukan? Jadi saya perlukan info ni. Saya harap maklong dapat memberikan penjelasan pada beginner yang excited nak belajar menjahit quilt macam saya ni. Terima kasih maklong!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam Lina Diyana Zainal Abidin. Mohon maaf mengambil masa begitu lama untuk menjawab persoalan. Mak Long baharu sahaja pulang dari Malaysia dan menjelajah.

      Semua jenis mesin jahit boleh digunakan seperti jenama Singer, Brothers dan lain-lain. Tidak perlu membeli mesin yang mahal-mahal. Kalau keluarga ada mesin lama masih boleh digunakan, itu pun baik. Bezanya mesin baru dan lama ialah mesin baru ada banyak kelebihan terutama keria jahitan. Mesin lama kalau guna yang goyang kaki masih boleh diguna. Kalau mahu ditukar guna kuasa letrik pun boleh cuma belikan alat untuk itu.

      Pada amnya memang guna jahitan lurus. Keria jahitan beranika bentuk hanya untuk jahitan quilting iaitu apabila quilt top hendak dilapikkan dengan batting dan backing. Itu pun tidak penting.

      Delete
  2. Salam mak long...mana nk dpt peralatan lengkap utk quilt ye:-):-):-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam, kalau di Malaysia Mak Long tidak begitu pasti untuk dapat bekalan alat quilt. Mak Long tinggal di Texas di mana bahan segala mudah diperolihi. Setelah melayari sesawang Mak Long dapat kedai ini beralamat: Quilt Gallery, LG 18, Bangsar Village 1, 1 Jalan Telawi 1, Bangsa Baru, 59100 Kuala Lumpur. Cubalah ke kedai tersebut, insya Allah beroleh apa yang perlu.

      Delete