Saturday, January 12, 2013

Penggenalan

Bismillahirrohmannirrahim...


Ingin Mak Long memperkenalkan diri di sini.  Mak Long berasal dari Johor, Malaysia. Tinggal di Amerika Syarikat bersama keluarga semenjak tahun 1997.  Mak Long bersara awal kerana ingin menumpukan masa untuk keluarga.  Masa lapang digunakan sebaiknya agar tidak membasir masa dan merugikan.  Mak Long mempunyai beberapa minat dan hobi untuk dikongsi bersama.  Di antaranya ialah hidangan masakan Melayu Johor dan Amerikan yang mudah dan senang setiap hari untuk keluarga.  Kebanyakan masakan Melayu, Mak Long ubah suai umpamanya kalau terlalu pedas dikurangkan pedasnya, kalau terlalu manis dikurangkan gula, kalau terlalu beminyak dikurangkan minyak sebagai satu daripada langkah untuk menikmati dan menjalani hidup sihat menghindar penyakit.

Selain dari itu Mak Long mahu berkongsi minat dan hobi dalam membuat quilt.  Bagi yang berminat bolehlah cuba-cuba membuat quilt sendiri.  Mak Long mendapat kepuasan apabila berhasil membuat sesuatu projek quilt sama ada untuk sendiri atau dihadiahkan kepada orang tersayang atau pun bersedakah kepada mereka yang memerlukan.  Mak Long tidak berminat mengambil tempahan atau menjual quilt...hanyalah semata-mata untuk kepuasan sendiri.



Wassalam,



Mak Long








Quilt Cinta Malaysia







2 comments:

  1. Salam Mak Long. Betul2 teruja bila baca blog Mak Long. Dengan penerangan ringkas dan padat terus dtg azam nak mencuba. Mulia sungguh kerana ingin berkongsi ilmu, hanya allah saja yg membalasnya. Eida Mcca Malaysia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam Cik Haslida,

      Terima kasih sudi melawat blog Mak Long. Kalau kita ada ilmu yang baik dan berguna walau pun sedikit patutlah dikongsi. Agar yang tidak tahu, dapat tahu dan belajar. Rugi sekiranya ilmu baik tidak dikongsi. Mak Long pun bukan pandai hanya sekadar memenuhkan masa lapang dan masih terus belajar dan mencari ilmu...

      Delete