Monday, June 2, 2014

Quilt Amish

Assalamualaikum,

Kami baharu sahaja pulang ke rumah dari jalan-jalan melihat beberapa buah negneri dalam negera Amerika selama dua minggu.  Negeri-negeri yang kami lewati ialah Oklahoma, Missouri, Illinois, Indiana dan Kentucky.  Cuaca dan pemandangan di musim bunga memang cantik dan menawan.  Setiap buah negeri yang kami pergi mempunyai keistimewaan tersendiri.  Orang tua kata banyak perjalanan, banyak pengelaman.

Negeri yang menarik sekali dalam jalan-jalan kali ini ialah di Shipshewana, Indiana.  Selain Shipshewana, daerah dan bandar sekitarnya ialah Middlebury dan Elkhart.  Semua daerah ini terkenal dengan penduduknya iaitu Amish.  Amish ialah puak penganut kristian yang tidak percaya pada "Batism" - (suatu adat membasahkan kepala dengan air atau selam dalam air).  Peggangan agama yang kuat dan mereka tinggal sesama masyarakat mereka tidak bercampur dengan masyarakat luar.  Kepercayaan mereka tidak mengutamakan hidup zaman moden sekarang.  Di rumah mereka tiada kuasa letrik, talipon, radio maupun paip air.  Kenderaan utama mereka ialah kereta kuda dipanggil buggy.  Ada juga yang sudah menaiki kereta tetapi mereka tidak mahu memiliki kereta sendiri.  Mereka menjalankan kehidupan yang paling asas seperti adat dulu-dulu.

Kereta Kuda Amish

Yang menjadi perhatian Mak Long ialah kepintaran mereka membuat seni pertukangan  perabut dari kayu oak, jahit menjahit yang sangat berseni dan halus sekali buatannya.  Dari kedua-dua jenis seni ini mereka jadikan sebagai satu dari sumber ekonomi terpenting sekali untuk kejayaan hidup masyarakat mereka.  Mereka mampu membuat perabut indah dan berseni tanpa menggunakan alat moden dan harganya pula sangat tinggi, tetapi orang kata "alah membeli, menang memakai."  Kami sendiri punyai beberapa perabut buatan orang Amish dan sangat berpuas hati mempunyainya.  Kedua, kaum wanitanya rajin berkerja di samping mengurus rumah tangga yang besar dan ramai.  Mereka pandai memasak dan menjahit iaitu menjahit quilt.  Quilt jahitan mereka sangat bernilai boleh mencapai beribu dollar harganya untuk satu quilt.  Kenapa mahal?  Mereka menjahit quilt dengan tangan yang mengambil masa.  Quilt mereka menjadi kegemaran dan buruan orang di Amerika yang tidak ragu-ragu membayar harga yang tinggi.  


Wanita Amish

Mak Long tidak melepaskan peluang dan pergi ke satu dari kedai quilt dan di bawah adalah salah satu quilt gantung di dinding yang dipamirkan.  Mereka benarkan Mak Long ambil gambar quilt tersebut selepas Mak Long membeli pattern dan kain untuk membuat quilt di bawah ini.  Sebenarnya mereka tidak suka gambar mereka diambil oleh orang luar.  Apabila sudah siap quilt yang Mak Long hendak buat nanti akan Mak Long tunjukan, insya Allah.



Quilt Amish












10 comments:

  1. Replies
    1. Kuazue Mohd, memang Mak Long berhutang masa. In-sha Allah akan dimakbulkan juga.

      Delete
  2. Replies
    1. Terima kasih Cik Juliza Sihatnatural kerana sudi menjengok blog Mak Long.

      Delete
  3. Menarik perkongsian cerita berkaitan kemahiran wanita Amish disana....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, wanita Amish sangat rajin berusaha dalam bidang rumahtangga seperti masakan dan jahitan.

      Delete
  4. Bestnya dapat tengok masyarakat Amish! Quilt Amish memang terkenal di seluruh dunia. Hasil tangan mereka sangat kemas, rapi dan sempurna.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Benar Cik Zurainny, bukan wanita Amish sahaja suka berkarya dalam jahitan. Wanita di negara yang mempunyai empat musim juga suka membuat quilt sebagai selimut ahli keluarga.

      Delete
  5. Salam, saya baru nak cuba2 English Paper Piecing. Mungkin Mak Long boleh kongsi maklumat dan pengalaman.

    ReplyDelete
  6. Boleh tengok YouTube, quilting

    ReplyDelete