Apakah "Batting"?
"Batting" ialah keping lapisan yang dilapiskan di antara quilt atas (quilt top) dan kain lapis di sebelah bawah (backing). Ia berfunsi sebagai penebal quilt yang menunjukkan keempukan permukaan quilt. Terdapat beberapa jenis "batting" dijual di kedai quilt. Di antaranya ialah:
"Batting" ialah keping lapisan yang dilapiskan di antara quilt atas (quilt top) dan kain lapis di sebelah bawah (backing). Ia berfunsi sebagai penebal quilt yang menunjukkan keempukan permukaan quilt. Terdapat beberapa jenis "batting" dijual di kedai quilt. Di antaranya ialah:
1. "Batting" Dari Kapas / Campuran Polyester / Polyester
"Batting dari kapas memberi kehangatan enak sebagai selimut dan lebih berat dari "batting" campuran dengan polyester. "Batting dari polyester" kembang dan sangat ringan. Di antara ketiga-tiga jenis ini Mak Long lebih mengemari "batting" dari kapas. Ia lebih mudah dijahit dan menunjukan hasil permukaan quilt lebih menarik terutama kalau ingin membuat quilt ala era zaman dahulu. "Batting" campuran polyester lebih ringan dan nampak lebih kembang dan timbul. Apa pun terpulanglah kepada pengguna membuat pilihan.
2. "Batting Dari Bulu Biri-biri / Campuran:
"Batting" dari bulu biri-biri ramai yang mengemarinya, pertamanya ia lembut dan mudah dijahit quilt. Mak Long tidak pernah menggunakan "batting" jenis ini. Harganya lebih tinggi dari "batting" yang dibuat dari kapas dan campuran polyester.
Masaalahnya pula bulu biri-biri mudah timbul menerusi permukaan quilt dan backing. Apabila banyak kali dibasuh ia menjadi berkumpul membuat permukaan quilt tidak selari, jadi benjol-benjol. Quilt yang berlapiskan "batting" jenis ini perlu menggunakan air suam dan sabun jenis lembut masa membasuhnya dan kemudian dibentangkan di atas lantai untuk dikeringkan.
3. "Batting" Dari Sutera / Bahan Buluh Organik :
"Batting" dari sutera biasanya dijual dalam sais kecil dan berharga lebih tinggi dari jenis-jenis "batting" yang lain. Ia memberi kehangatan pada pengguna tetapi ringan.
"Batting" dari bahan buluh organik adalah yang terbaharu terdapat di pasaran. Funsinya hampir menyerupai "batting" sutera dan harganya juga tidak murah.
Mak Long rendam atau basuh tanpa gonyoh "batting" sebelum digunakan. "Batting" juga akan mengecut sedikit bila dibasuh. Tetapi ada orang pilih tidak basuh dahulu. Terpulanglah pada pengguna.
No comments:
Post a Comment