Broken Rail Fence |
Quilt ini kecil dan mudah membuatnya dinamakan "Broken Rail Fence" atau Pagar Landasan Rosak. Cuci dahulu kain dan bila kering digosok sebelum memotong kain.
Bahan Yang Diperlukan
Mesin jahit
Rotary cutter, tikar alas memotong dan kayu pembaris plastik (6" x 24")
Gunting
Jarum peniti
Pin penyemat baju
Benang
Pembuka Jahitan (seam ripper)
Jarum untuk jelujur atau jahit tangan
Kain Yang Diperlukan
2/3 ela kain utama warna cerah
3 fat quarters* (3 keping berwarna dan corak yang sepadan dengan corak kain utama)
1/4 ela kain untuk "border"- warna biar sepadan dengan warna yang dipilih untuk quilt.
1 1/2 ela kain untuk backing
36" x 45" batting
* Fat quarters ialah kain yang sudah dipotong ukuran 18" x 22"
Memotong Kain
1. Potong setiap fat quarter kepada 2" x 22" helai
2. Potong kain utama kepada 5" x 45" helai
Cantum, Jahit dan Gosok
Jahit setiap helai kepingan warna yang dipotong tadi iaitu 2"x22" menggunakan 1/4" basi tepi kain. Ikut seperti dalam rajah menurut giliran warna gelap, warna sederhana dan warna terang. Bila ketiga-tiga warna keping ini siap dijahit ukuran melintang ialah 5" lebarnya. Jahit semua seperti mula sehingga mendapat 9 keping. Gosok semua basi tepi dalam satu arah iaitu arah ke warna gelap (lihat anak panah ---->) menhala ke kanan kain. Basi tepi mesti menghadap ke arah warna gelap. JANGAN GOSOK BASI TEPI TERBUKA.
Cara Memotong Kepingan
Potong semua kepingan yang dijahit tadi juga kepingan utama ukuran 5" dan ini menjadikan ukurannya blok empat persegi 5"x 5". Unit keping yang berjahit dipanggil "Blok A" dan Unit keping utama dipanggil "Blok B". Lihat lekaran di bawah:
Mencantum / menjahit "A" dengan "B"
(Guna rajah di bawah sebagai panduan menjahit blok).
Setiap basi tepi gunakan 1/4" lebarnya.
1. Jahit B dengan A seperti rajah bawah (warna gelap iaitu hijau sebelah bawah)
(Buat 5) ( Buat 3)
2. Jahit B dengan A seperti rajah bawah (warna gelap iaitu hijau sebelah atas)
1. Jahit B dengan A seperti rajah bawah (warna gelap iaitu hijau sebelah bawah)
2. Jahit B dengan A seperti rajah bawah (warna gelap iaitu hijau sebelah atas)
3. Jahit A dengan B seperti rajah bawah (jalur berdiri dan warna gelap disebelah B).
(Buat 4) (Buat 2)
4. Jahit A dengan B seperti rajah bawah (jalur berdiri dan warna gelap sebelah luar)
(Buat 4) (Buat 2)
Gosok basi tepi blok A arah ke warna gelap (arah blok B). Kemudian bila B sudah dijahit atau dicantum, gosok arah blok B.
Mencantum blok
1. Cantuman empat keping blok, bahagian tengahnya mesti "mati kemas" - maknanya bila menjahit untuk mencantum blok, satu basi tepi hendaklah menghala ke kiri dan satu lagi menhala ke kanan. Cantum dan jahit seperti dalam rajah dan guna 1/4" basi tepi. Gosok arah tanda anak panah -------->
Buat 4 Buat 2
Buat 4 Buat 2
2. Cantum dan jahit seperti dalam rajah di bawah. Gosok arah anak panah ------>
Buat 2
4. Atur blok yang sudah dijahit seperti yang di atas mengikut rajah di bawah. Cantum dan jahit blok No. 1, No. 2, No. 1, No. 2. Gosok ikut arah anak panah ----->
Tambah dan jahit barisan blok akhir di bahagian bawah (lihat anak panah ------>
Mengenakan bingkai (border) pada quilt top
1. Potong kain (1/4 ela) sebanyak 4 keping ukuran 2 3/4" x 45". Cantum dan jahit sehelai pada bahagian atas dan sehelai di bahagian bawah quilt top. Gosok basi tepi arah keluar iaitu arah bingkai. Potong kedua-dua belah kiri kanan bingkai yang telebih dan selari dengan tepi quilt top.
2. Cantum dan jahit baki keratan 2 3/4" x 45" pada kiri dan kanan quilt top. Gosok arah keluar iaitu arah bingkai. Potong kedua-dua belah atas dan bawah bingkai yang terlebih itu selari dengan quilt top.

Sekarang quilt top sudah siap.
Melapiskan batting
1. Bentangkan batting di atas permukaan yang rata (di lantai atau di meja boleh). Sama ratakan supaya tidak berkedut-kedut. Kemudian lapiskan backing (bahagian luar ke atas) di atas batting. Sama ratakan.
Quilt top
1. Lapiskan quilt top (bahagian luar) ke atas backing iaitu bahagian luar backing dan quilt top berhadap sama. Sama ratakan supaya tidak berkedut atau senget. Sematkan dengan jarum peniti di sekeliling tepi projek. Pastikan sematan itu kena pada ketiga-tiga lapisan.
2. Potong atau gunting batting dan backing sama selari dengan quilt top.
3. Jahit jelujor keliling quilt dengan basi tepi 1/2".
4. Bawa ke mesen jahit dan jahit keliling quilt tetapi tinggalkan sepanjang 18" terbuka (mulut) pada satu daripada tepi seperti menjahit membuat bantal untuk diisi kekabu begitu.
Terbalikan quilt keluar
1. Mulakan dari satu sudut, gulung quilt hala ke mulut yang tidak berjahit tadi. Kemudian gulung sebelah sudut lagi arah yang sama pula. Akhir sekali gulung bahagian bawah gulungan yang kini menjadi seperti bola arah ke mulut. Terbalikkan baik-baik.
2. Sama rata dan licinkan quilt.
3. Jahit jelujur atau gunakan pin penyemat baju pada quilt supaya lapisan tidak bergerak.
Quilting
Sekarang quilt sudah pun jadi dan bolehlah dijahit mesen atau jahit tangan ataupun diikat dengan benang tebal. Bila sudah siap bolehlah dibuka benang jelujur atau pin penyemat baju.
Quilt sudah pun jagi seperti dalam gambar di atas.

assalamualaikum .
ReplyDeleteTidak ramai yang berani dgn quilt ..dulu sya tak faham mcm mana buat benda ni .. dgn tuto di atas in shaa allah sya berusaha utk mempelajari dari asas ... tq sis (kk-sbh)
Waalaikumsalam, memang tidak ramai yang suka buat quilt kerana dianggap rumit. Sebenarnya kalau menaruh minat semua kerja jadi mudah. Yang penting bila hendak mulakan sesuatu quilt hendaklah faham semua atur-cara. Bila memotong dan menjahit kain mestilah tepat ukuran. Cuba kecil dahulu baru buat yang lebih besar.
Deletesalam. mmg menakjubkan.
ReplyDeleteWaalaikumsalam, terima kasih kerana sudi singgah ke laman Mak Long.
Deletesaya berminat dgn membuat quilt.tq bagi basic diatas.saya akan cuba buat yg kecil dahulu.
ReplyDeleteBaguslah Cik Rafeah Sahari. Bagi Mak Long, apabila menjahit dengan kain cantik berwarna-warna cantik akan menghilangkan dan mententeramkan serabut di kepala. Apabila kerja siap, hasilnya di hadapan mata untuk dinekmati.
Deleteassalammualaikum mak long
ReplyDeletepost la gambar2 quilt yang mak long dah buat
tk
fauziah
Waalaikumsalam,
DeleteTerima kasih Cik Fauziah kerana sudi singgah di blog Mak Long. Insya Allah, Mak LOng akan lakukan sedikit masa lagi.
Assalamualaikum mak long saya nak tanya untuk kain backing kain apa yang sesui.....harap mak long sudi membantu...
ReplyDeleteWaalaikumsalam, kain backing yang sesuai sekali ialah kain jenis kapas juga seperti kain yang diguna untuk quilt top atau boleh guna kain kapas warna putih dll.
DeleteAssalamualaikum mak Longdi mana nak cari batting, kedai jahtan ada tak.bentuknya mcm span nipis ke
ReplyDelete