Assalamualaikum,
Di sini Mak Long tunjukkan bagaimana hendak membuat atau melukis template untuk blok quilt. Membuat template adalah langkah penting dan perlu diikuti apabila membuat blok quilt. Sekiranya template tidak tepat, memang susah untuk membuat blok yang sempurna waktu menampung satu keping keratan kain ke suatu keping keratan kain yang lain kerana ukuran tidak tepat dan tidak sama saisnya.
Gunakan kayu pembaris bila membuat garisan lurus dan panjang. Letak template di atas pelan (pattern) memastikan template itu tepat. Boleh guna kepingan plastik nipis dan terang atau kertas tebal "manila card".
Bahan untuk membuat bentuk template tidak terhad pada bentuk rajah tiga segi, empat segi sahaja. Gunakan minda berkarya seperti bentuk bunga, daun, bulatan dan sebagai bahan. Alat dari dapur seperti mulut cawan, sudu dan lain-lain boleh jadi sumba juga membantu membuat bentuk template.
Bahan untuk membuat bentuk template tidak terhad pada bentuk rajah tiga segi, empat segi sahaja. Gunakan minda berkarya seperti bentuk bunga, daun, bulatan dan sebagai bahan. Alat dari dapur seperti mulut cawan, sudu dan lain-lain boleh jadi sumba juga membantu membuat bentuk template.
1. Guna kepingan plastik nipis dan terang untuk membuat template.
Peringatan:
a) Guna gunting hanya untuk kegunaan menggunting kertas atau plastik. Gunting untuk kain dinasihatkan guna hanya untuk menggunting kain sahaja.
b) Setengah lekaran template tidak ada basi untuk jahit kelim 1/4" seperti template bunga atau daun dan lain-lain untuk dijahit dengan mesin jahit. Selain dari itu apabila memotong kain hendaklah ditambah 1/4 " atau lebihkan sedikit sebagai basi jahit kelim.
Memotong Kain Menggunakan Template:
Guna meja untuk memudahkan kerja. Bentang kain sebelah dalam di permukaan. Boleh juga kain itu dilapis dua atau tiga lapis, pastikan lapisan itu tidak bergerak atau licin serta boleh digunting dengan mudah kelak. Letak template di atas kain dan selarikan tanda anak panah pada selvage kain atau jalur panjang kain. Tekan template dengan jari supaya template tidak bergerak, dengan cermat lukis atau surih ikut keliling template. Buat seperti itu sebanyak yang diperlukan untuk membuat quilt. Jarakkan melukis antara template 1/2" agar mudah kerja menggunting. Potong setiap lekaran yang dilukis pada kain itu dengan gunting tajam.
- Letakkan plastik di atas pelan (pattern). Supaya plastik tidak bergerak, gunakan "cello tape" dan letakkan tape itu pada plastik dan pelan.
- Gunakan ball pen atau pen berdakwat kekal (permanent ink) bermata halus dan surih ikut kesan pelan.
- Gunakan kayu pembaris bila perlu untuk garisan lurus.
- Gariskan tanda anak panah sebagai pandu di atas template untuk tanda selvage kain.
- Tanda garisan di bahagian dalam template 1/4" dari keliling template iaitu tanda garis jahitan.
- Potong template.
- Pertama gunakan dan letakkan kertas surih (tracing paper) atas pelan.
- Surih ikut kesan pelan.
- Guna kertas karbon (carbon paper) dan letak di antara kertas surih dan manila card.
- Kemudian surih ikut lekaran kertas surih tadi.
- Buat tanda anak panah sebagai pandu di atas template untuk tanda selvage kain.
- Tanda dan buat garisan di bahagian dalam template selebar 1/4" di keliling template iaitu tanda basi kelim jahitan quilt.
- Potong template.
Peringatan:
a) Guna gunting hanya untuk kegunaan menggunting kertas atau plastik. Gunting untuk kain dinasihatkan guna hanya untuk menggunting kain sahaja.
b) Setengah lekaran template tidak ada basi untuk jahit kelim 1/4" seperti template bunga atau daun dan lain-lain untuk dijahit dengan mesin jahit. Selain dari itu apabila memotong kain hendaklah ditambah 1/4 " atau lebihkan sedikit sebagai basi jahit kelim.
Memotong Kain Menggunakan Template:
Guna meja untuk memudahkan kerja. Bentang kain sebelah dalam di permukaan. Boleh juga kain itu dilapis dua atau tiga lapis, pastikan lapisan itu tidak bergerak atau licin serta boleh digunting dengan mudah kelak. Letak template di atas kain dan selarikan tanda anak panah pada selvage kain atau jalur panjang kain. Tekan template dengan jari supaya template tidak bergerak, dengan cermat lukis atau surih ikut keliling template. Buat seperti itu sebanyak yang diperlukan untuk membuat quilt. Jarakkan melukis antara template 1/2" agar mudah kerja menggunting. Potong setiap lekaran yang dilukis pada kain itu dengan gunting tajam.
Assalamualaikum Mak Long...
ReplyDeleteSaya Huda...
Facebook : www.facebook.com/hudaryuwatanabe
atau nama facebook : Huda Solehah...
nak tanya Mak Long...
dalam video youtube tu dia ada guna BLUE STENCIL... blue stencil tu yang macam transparent plastic tu eh? yang biasanya orang buat cover folio, kertas, dan sebagainya ye?
Saya berminat lah nak buat quilt ni :)
Hope saya boleh bertanya dan berhubung dengan Mak Long perihal quilt ini....
terima kasih...
Waalaikumsalam Mujahidah Solehah. Terima kasih sudi melihat blog Mak Long.
Delete1. Ya,blue stencil dalam Utube itu ialah plastik terang seperti penutup folio. Ada jual di kedai alat seni lukis biasanya. Hanya kalanya plastik ini lebih nipis dan ia sangat sesuai diguna kerana senang hendak menggunting selepas lukisan template dibuat.
Mak Long...soalan saya yang kedua...
ReplyDeletehasil quilt ini... contohnya pencil case, boleh dibasuh kan?
# Harap Mak Long membalas dan tidak jemu dengan menjawap persoalan saya... terima kasih! :D
Mak Long suka orang suka bertanya. Kalau tidak bertanya manakan boleh tahu, kan! Untuk menyurih keliling template di atas kain boleh guna ballpen lebih baik kalau guna pensil kerana mudah hilang kesannya. Dalam perkara ini, kesan garisan yg dibuat tidak akan nampak pada quilt kerana kesan ini di sebelah dalam quilt atau kain. Tiada masaalah…
DeleteMak Long..
ReplyDeletememang bagus dan elok guna kain kapas ye? atau kain batik tu?
kalau kain cotton?
buat comforter guna kain kapas ek?
Kain kapas lebih baik kerana ia mudah dijahit, tahan lama dan menampilkan keindahan kerja tangan. Kebanyakan kain batik terutama batik Kelantan dan Terengganu adalah dari kain kapas. Mak Long banyak menggunakan batik Terengganu kerana cantik warna dan halus kainnya seperti batik Indonesia. Tidak digalakkan mengguna kain licin kerana bermasaalah ketika kerja membuat quilt. Kain dari 100% kapas tahan berpuluh tahun lamanya jika dijaga baik dan ia agak mahal harganya tetapi kita buat quilt untuk guna lama kan?
DeleteMak Long ada jual tak barang-barang atau bahan-bahan untuk membuat quilt ini?
ReplyDeleteSaya sangat bersyukur terjumpa blog mak long pasal quilt ini..
biasanya blog orang inggeris banyak pasal quilt ni.. :D
Bahan asas membuat quilt boleh guna apa yang kita ada di rumah seperti gunting tajam, kayu pembaris dan sebagainya. Kalau tidak ada mesin jahit, kita boleh jahit tangan seperti wanita2 di Amerika zaman dahulu membuat quilt keperluan keluarga di musim sejuk. Di Malaysia mungkin terhad kedai menjual barang keperluan ini. Di KL ada satu kedai menjual alat2, tetapi Mak Long tidak ingat nama. InsyaAllah Mak Long tanyakan dari kawan..
Deleteelok batting tu basuh dulu atau tidak?
ReplyDeleteBatting ada banyak jenis. Ada Mak Long turunkan di blog yg lalu. Setengah orang tidak basuh batting kerana ingin menampilkan rupa quilt itu sudah jadi antik/lama kerana batting dari kapas kalau dibasuk akan kecut sedikit. Batting dari polyaster tidak perlu dibasuk. Mak Long jarang basuh batting lagi pun kalau tidak cermat ia akan punah dan koyak bila dibasuh.
DeleteMak Long
ReplyDeleteKertas pautan boleh lakur (fusible paper) tu apa ya?
ada gambar tak?
Fusible paper ialah sejenis kertas yang bergam di kedua-dua permukaan kertas itu. Ia digunakan sebagai melekatkan antara kain seperti membuat kolar baju dan jahit tampal berhias.
DeleteInsyaAllah akan Mak Long tunjukan gambar sebagai panduan.
DeleteSaya ada cadangan..tutorial mak long memang best...
ReplyDeleteoleh itu, apa kata mak long buat tutorial tersebut beserta gambar yang dimaksudkan...
lebih faham dan mudah.. ^_^ hanya saranan... apa-apa pun best!
Terima kasih. Mudah-mudahan kalau ada izin dari NYA memang ada rancangan.
DeleteMak long..
ReplyDelete"Tanda garisan di bahagian dalam template 1/4" dari keliling template iaitu tanda garis jahitan. "
saya faham ayat ni... yang saya tak faham... 1/4" . apakah maksud 1/4" itu?
Maksudnya 1/4" itu ialah lebar dari tanda garis jahitan hingga ke tepi temmplate. Dalam ukuran 1 kaki = 12 inci. 1 ela = 3 kaki dan seterusnya. Dalam 1 inci ada 8 unit kecil tanda ukuran yg sama. Mithalan: 1 unit kecil inci = 0.1 atau 1/8 inci. Kalau 2 unit kecil inci = 0.2 atau 2/8 iaitu 1/4 inci (tinggi atau lebar). Tanda (") = inci, (') = kaki
Delete"Buat tanda anak panah sebagai pandu di atas template untuk tanda selvage kain."
ReplyDeleteApakah maksud tanda selvage kain? selvage kain tu apa ya?
Selvage kain ialah urat benang bahagian memanjang kain. Kalau dicerang (tarik) kain tidak memberi atau tidak bertambah pajang kainnya. Dalam kata lain bahagian ini kuat. Lawan Selvage ialah lebar atau lerang (muka lebar) kain. Kalau dicerang (tarik) kain akan memberi (bahagian ini lemah tidak kuat). Apabila membuat sesuatu seperti baju, seluar atau sebagai eloklah dibanyakkan guna yang kuat supaya lebih tahan.
Delete"Tanda dan buat garisan di bahagian dalam template selebar 1/4" di keliling template iaitu tanda basi kelim jahitan quilt. "
ReplyDeleteApakah maksud "basi" mak long??
# maaf banyak tanya.
Ada banyak istilah basi. Basi makanan = makanan sudah busuk dan lama. Basi wang = tambah wang agar tidak kurang. Di sini maksud basi ialah di antara garis jahitan dengan garis guntingan selebar 1/4". Mak Long harap jawapan yang diberi memuaskan. Mak Long ni orang lama dan menggunakan bahasa lama juga. Sayang kalau bahasa Melayu kita dicedok ambil dari bahasa lain kemudian dijadikan sebagai bahasa Melayu moden. Pada hal bahasa Melayu kita ada perkataan yang sesuai dan tersendiri. Sayangi bahasa Melayu peninggalan ibunda kita.
DeleteMujahidah Solehah diharap jangan serik untuk bertanya. InsyaAllah Mak Long cuba membantu.
ReplyDeleteSuka saya baca setiap soalan dan jawapan di atas. Terima kasuh pada keduanya 👍
ReplyDeleteAlhamdulillah.. Terima kasih
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDelete