Tuesday, October 8, 2013

JahitTampal-hias Contoh

Assalamualaikum,


Di sini adalah antara contoh-contoh jahit tampal-hias yang telah Mak Long jahit.  Ada di antara imej grafik itu Mak Long lukis sendiri dan ada juga yang diambil dari majalah atau design yang dibeli dari kedai-kedai jahitan.


Bunga Biru

Dalam gambar di atas jahit tampal hias pada quilt ini Mak Long guna kain-kain perca lebihan warna biru, hijau dan kuning dari membuat quilt yang telah lalu.  Ukuran kain latar belakang ialah 8" x 8" dan menggunakan warna lembut dan terang diganding dengan bunga warna biru gelap begitu juga daun hijau gelap.  Dengan gandingan begitu menjadikan bunga seolah timbol dan terang bila dilihat dari jauh.  Quilt ini Mak Long buat khas untuk puteri sulung AM sebagai hadiah jarijadinya.



Quilt Manggis


Gambar di atas ialah quilt untuk bayi dan Mak Long namakan Quilt Manggis.  Imej buah dan daun manggis dilukis mengikut gambaran dari minda Mak Long kemudian diabadikan dalam jahit tampal.  Inilah hasilnya.  Quilt bayi ini Mak Long hadiahkan pada bayi seorang sahabat karib Pak Long Batti Al-Qatani dari Dammam, Saudi Arabia.


Jambak Bunga

Quilt Jambak Bunga ialah quilt untuk digantung sebagai perhiasan dinding.  Jahit tampal hias setiap jambak bunga menggunakan berbagai warna perca kain lebihan sahaja.  Latar belakang kain menggunakan warna lembut cream.  



Trafik Jam

Jahit tampal hias dalam quilt bayi ini dijahit di atas latar belakang sekeping-sekeping memanjang.  Semua imej kenderaan juga Mak Long lukis sendiri.  Quilt ini telah diberi kepada seorang ahli keluarga atas permintaannya.


Kupu-kupu/Arnab Dan Bunga Matahari

Di sebelah kiri ialah quilt bayi dan Mak Long namakan Kupu-kupu/Arnab.  Semua imej dilukis sendiri.  Manakala di sebelah kanan pula ialah quilt bayi Bunga Matahari.  Kedua-dua quilt ini juga sudah tiada dalam simpanan dan telah dihadiahkan kepada bayi sahabat kami yang baharu lahir.















4 comments:

  1. Cantik Sgt quilt yg mak long buat.sy mula tertarik dgn quilt bila tgk org2 Irish di sini gemar quilting. Sedang mencari quilting class di kawasan sini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Cik Noorsyam. Usaha membuat quilt sangat baik dijadikan sebagai hobi untuk memenuhi masa lapang. Mak Long ingin menggalakkan wanita kita yang tidak berkerja di Malaysia mempunyai hobi memenuhi masa lapang. Orang Irish mempunyai pengetahuan tinggi dalam quilt dan unik. Baguslah kalau sudah berminat, alhamdulillah. Mungkin kita boleh bertukar pengetahuan ini melalui blog.

      Delete
  2. cantik sangat quilt yang mak long jahit.. biasanya kain tu dibeli di mana ea mak long

    ReplyDelete
  3. Sangat cantik. Berseni, suka saya tengok 😊

    ReplyDelete