Assalamualaikum,
"The Stars" |
Ketika mula-mula Mak Long berhijrah di Texas dahulu, Pak Long telah memperkenalkan Mak Long dengan sahabat lamanya Mike dan Elaine Raymer. Malah kami tinggal di rumah mereka buat beberapa bulan sementara menunggu usaha pembelian rumah baru kami selesai. Sahabat kami ini memiliki beberapa helai quilt yang cantik dan unik. Rupa-rupanya ibu Mike iaitu Memaw pandai membuat quilt. Memaw bermakna ibu, panggilan mesera yang lazim digunakan dalam keluarga Amerika. Beliau suka Mak Long memanggilnya Memaw. Mak Long mengupah Memaw membuat beberapa quilt untuk Mak Long. Mulai dari situlah datangnya minat ingin membuat quilt sendiri. Memaw berterus terang tidak pandai mengajar, tetapi beliau telah memberi galakan dan memberi beberapa buku miliknya cara-cara dan kaedah membuat quilt. Mak Long sendiri membeli beberapa buah buku serba serbi berkenaan quilt. Disamping itu melanggan majalah yang bersabit dengan quilt. Tidak cukup dengan itu Mak Long berkunjung berulang alik ke perpustakaan meminjam buku-buku dan belajar sendiri cara-cara membuat quilt. Pihak perpustakaan pula sangat menggalakkan. Apabila buku-buku yang Mak Long perlukan tiada di perpustakaan mereka, mereka berusaha mencari dan membawa buku-buku itu dari perpustakaan cawangan lain. Perkhidmatan kepada masyarakat yang sungguh tinggi mutunya.
Apabila sudah rasa berani dan bersedia, baharulah Mak Long mula membeli alat-alat utama keperluan membuat quilt seperti kain, gunting, benang, jarum, kayu pembaris, tikar alas tempat memotong kain, rotary-cutter dan lain-lain. Hati Mak Long berkobar-kobar dan tidak sabar hendak membuat quilt. Malam-malam tidak boleh tidor lena berfikit tentang quilt sahaja. Ketika itu (1999) Pak Long tiada di rumah kerana bertugas jauh di Delaware. Mak Long tidak ikut bersamanya kerana menguruskan rumah yang baharu sahaja kami miliki. Masa itulah digunakan untuk memulakan membuat quilt. Memotong kain itu sahaja Mak Long ambil satu hari suntuk mengerjakannya. Bersepah dengan keratan-keratan kain di seluruh bahagian ruang makan kami. Tidak dinafikan, tentulah banyak kesilapan buat kali pertama. Kesilapan demi kesilapan dilalui tetapi semua itu dijadikan ingatan supaya tidak diulangi di masa-masa hadapan. Mak Long buat nota semua kesilapan dan pembetulan yang dibuat. Mak Long jahit tangan semuanya, daripada kerja mencantum kain membuat blok quilt hinggalah menjahit quilt seluruhnya. Menjahit quilt itu mengambil masa hampir tiga bulan lamanya. Sebaiknya kalau kali pertama membuat quilt eloklah bersais kecil dahulu, tetapi oleh kerana tidak sabar Mak Long terus sahaja membuat sais besar. Padan muka, entah berapa ela kain digunakan untuk quilt "The Star", Mak Long sendiri pun tidak tahu…banyak! Maka gambar di atas itulah hasilnya dan dinamakan "The Star". "The Star" kami gunakan sebagai gebar kami setiap malam terutama di musim sejuk memberi kehangatan dan keselesaan apabila kesejukan. Apabila kita menggunakan sesuatu dari hasil tangan sendiri sungguh nekmat dirasai walaupun tidak ada harga bagi orang lain. Cara-cara membuatnya akan Mak Long turunkan tidak lama lagi, insya Allah.