Showing posts with label Lukisan. Show all posts
Showing posts with label Lukisan. Show all posts

Wednesday, October 23, 2013

Lukisan2

Assalamualaikum,


Mak Long suka alam semula jadi.  Di kawasan luar bandar kita sesungguhnya dikelilingi alam semula jadi.  Hanya kita sendiri mampu menilai keindahan di sekeliling.  Alam keliling yang tandus juga ada rahsia keindahannya kalau kita mahu berusaha melihatnya.  Ini kan pula tempat-tempat indah dan segar seperti kepulauan di laut luas, pergunungan di hutan belantara atau di taman-taman rimba dan tidak terkecuali taman yang manusia langskapkan.  Di mana juga Mak Long lewati, tempat tersebut tetap mampu mengambarkan keindahan asli di mana kuasa Illahi menjadi sebagai pencipta yang berahsia.

Di lain kali kalau berkunjung ke mana-mana cuba lihat di sekeliling mencari keindahan sudud yang terlindung dari mata kasar.



Pokok Cactus 

Pokok cactus di atas Mak Long lukis ketika kami tinggal di Deming, New Mexico dalam tahun 2000-2001.  Deming ialah sebuah daerah tanah gurun bergunung ganang di mana keadaan tanahnya gersang dipenuhi dengan beratus jenis pokok-pokok cactus.  Cuaca di situ pula panas sama cuaca di padang pasir.  Musim sejuk pula sejuk kekadang turun salji.  Namun pemandangan di sekeliling sungguh menakjubkan mata memandang.  Terutama apabila matahari terbit di awal pagi dan terbenam di lewat petang.


Banjaran Gunung

Banjaran gunung berlapis-lapis mengelilingi kawasan Deming.  Di waktu malam ketika semua sudah tidur lena, kami boleh dengar sayup-sayup salakan serigala dan coyote.  Coyote ialah sejenis anjing hutan.  Selain itu beberapa jenis binatang seperti arnab liar, burung banyak juga.  Serangga jenis merayap banyak terdapat di situ terutama labah-labah hitam berbulu tebal yang sangat berbisa.  Kalau tidak silap ia dipanggil "black widow spider".






Lukisan-lukisan tulip ini Mak Long gunakan untuk jahitan tampal dan setengahnya dijahit terus menggunakan kaedah menjahit quilt "paper piecing".  Mungkin suatu hari Mak Long dapat menurunkan kaedah menjahit "paper piecing" di blog ini untuk dikongsi bersama.


Tulip

Tulip

Tulip









Sunday, October 6, 2013

Lukisan 1

Assalamualaikum,

Lukisan-lukisan yang Mak Long guna untuk jahit tampal atau membuat batik.



Imej Grafik A

Imej Grafik B


Imej Grafik C

Imej Grafik D


Imej Grafik E

Imej Grafik F

Imej grafik budak lelaki ini Mak Long gunakan jahit tampal hias, kemudian dijadikan blok membuat quilt dan sampul kusyen.


Imej Grafik G

Imej grafik cicak pula Mak Long gunakan jahit tampal hias juga pada quilt bayi.



















Thursday, July 18, 2013

Lukisan

Assalamualaikum,

Lama sungguh Mak Long tidak menulis di sini.  Hmmm.. hendak dikatakan sibuk tidak pulak.  Lebih kurang satu tahun Mak Long tidak berkarya apa-apa disebabkan keadaan kesihatan mata tidak mengizinkan.  Kini, alhamdulillah bolehlah sikit-sikit, cuma bezanya Mak Long memerlukan cahaya terang untuk membantu pengelihatan lebih jelas.  Mak Long sudah mula membuat sehelai quilt untuk selimut si kecil.  InsyaAllah nanti Mak Long tunjukkan..

Kali ini Mak Long hendak tepek lakaran lukisan Mak Long.  Melukis ialah satu dari kegemaran masa lapang.  Setengah daripada lukisan yang dilukis Mak Long gunakan sebagai bahan untuk membuat design batik dan jahit tampal atau dalam bahasa Inggeris ialah "applique".  Jahitan tampal itu biasanya Mak Long padukan dengan blok quilt.








Cendawan

Cendawan




Daun Maple




Semua lukisan di atas digunakan dalam design membuat batik.  Mak Long guna kain sutera untuk mencelup batik kemudian hasilnya diframe sebagai hiasan dinding.